Pembinasa Type 055

Pembinasa Type 055 (NATO/OSD Penjajap kelas-Renhai)[13] adalah sebuah kelas pembinasa peluru berpandu halimunan (penjajap peluru berpandu mengikut standard NATO/OSD) yang sedang dibina untuk Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China. Ia memiliki rekabentuk misi pelbagai; kombinasi penderia dan pensenjataannya mencadangkan peranan utama dalam peperangan anti udara, manakala keupayaannya peperangan anti kapal selamnya mpula mengatasi kapal tempur permukaan China sebelumnya.[14]Type 055 dijangka akan melaksanakan misi-misi penjelajahan[15] dan akan membentuk kumpulan pengiring utama untuk kapal pengangkut pesawat China.[14]Amerika Syarikat menggelaskan kapal kelas ini sebagai penjajap.[16] Tentera Laut Amerika Syarikat mentakrifkan sebuah penjajap sebagai sebuah kapal tempur permukaan besar dengan keupayaan misi-pelbagai;[17] Keadaan ini mencadangkan bahawa A.S. menjangka Type 055 akan melaksanakan peranan serupa dengan penjajap kelas-Ticonderoga.[14]

Rujukan

WikiPedia: Pembinasa Type 055 http://www.mod.gov.cn/power/2017-06/28/content_478... http://www.mod.gov.cn/topnews/2021-03/25/content_4... http://www.janes.com/article/69826/construction-of... http://www.janes.com/article/79674/china-launches-... http://www.janes.com/article/81499/china-launches-... http://navyrecognition.com/index.php/focus-analysi... http://www.thedrive.com/the-war-zone/11941/chinas-... http://www.navy.mil/navydata/fact_display.asp?cid=... https://n.eastday.com/pnews/161701394177014572 https://www.efe.com/efe/espana/mundo/la-armada-chi...